DAPATKAN SAUNA HARGA TERENDAH DISINI

DAPATKAN SAUNA HARGA TERENDAH DISINI

soalan yang lazim tentang sauna

Soalan-soalan lazim pengguna Set Sauna Portable

Siapakah orang yang boleh bersauna?
  • Sesiapa sahaja yang tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius boleh bersauna. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Bilakah waktu yang sesuai untuk bersauna?
  • Anda boleh bersauna pada bila-bila masa yang anda suka.
Adakah kanak-kanak boleh bersauna?
  • Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk bersauna kerana kadar metabolisma mereka sudah tinggi. Untuk kanak-kanak yang obes, yang mahu bersauna, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Adakah wanita mengandung boleh melakukan sauna?
  • Tidak. Wanita mengandung dilarang bersauna kerana takut akan mendatangkan mudarat kepada bayi yang dikandung.
Bolehkah wanita selepas bersalin bersauna dan bila waktu yang sesuai untuk melakukan sauna?
  • Wanita yang selepas bersalin digalakkan bersauna kerana bersauna boleh mengantikan tangas yang terbukti memberi kesan yang amat baik untuk menyembuhkan luka-luka selepas bersalin. Waktu yang sesuai untuk bersauna bagi wanita yang baru bersalin adalah sebaik sahaja luka-luka sembuh.
Bolehkah wanita yang melahirkan anak secara pembedahan melakukan sauna?
  • Ya. Amat digalakkan untuk melakukan sauna untuk mengembalikan kesegaran badan.
Bolehkan bersauna sewaktu datang bulan (haid)?
  • Sekiranya anda selesa untuk bersauna, anda digalakan bersauna kerana ia dapat melancarkan perjalanan darah.
Bolehkah pesakit jantung dan darah tinggi bersauna?
  • Pesakit jantung dan pesakit tekanan darah tinggi tidak digalakkan bersauna kerana apabila kita bersauna, darah akan bergerak dengan laju dan jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih laju dan ini tidak baik untuk pesakit.
Bolehkah saya bersauna setiap hari.
  • Boleh. Tetapi pastikan anda minum air dengan secukupnya. Digalakkan kita bersauna 3 kali seminggu.
Bolehkah orang lelaki bersauna?
  • Boleh. Tetapi tidak digalakkan melakukan sauna secara kerap,memadai 2-3 kali seminggu. Pastikan anda memakai tuala ketika bersauna.
Bolehkah sauna menguruskan badan dan dapat membuang lemak di dalam badan?
Ya. Dengan bersauna secara berkala, anda dapat menguruskan
badan. Tetapi pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan jauhkan makanan yang berlemak dan tinggi kalori untuk hasil yang lebih cepat.

Jangan Tunggu Lagi! Dapatkan Sekarang Set Sauna Portable Sementara Stok Masih Ada!